Monday 31 August 2015

SAMBUTAN AMBANG KEMERDEKAAN 2015 PERINGKAT JKKK KG.TERACHI

BASIKAL BERHIAS DAN MERDEKA WALK

PERTANDINGAN MEWARNA KANAK-KANAK

BACAAN YASSIN & DOA SELAMAT DI MASJID

FESYEN KANAK-KANAK

GUBAHAN BENDERA
JKKK Kg. Terachi telah mengadakan sambutan kemerdekaan tahun 2015 dengan jayanya. Alhamdulillah, sambutan yang diterima amat menggalakkan. Diharapkan pada tahun hadapan, lebih ramai masyarakat kampung akan terlibat menyertai pelbagai acara yang dianjurkan oleh JKKK Kg. Terachi.

Monday 24 August 2015

PROGRAM MOTIVASI MENJELANG UPSR BERSAMA MAHASISWA UIAM






Pada 23 Ogos 2015 (Ahad), pihak masjid dengan kerjasama JKKK Kg. Terachi bersama PIBG SK Yam Tuan Hitam menganjurkan Motivasi Menjelang UPSR khas untuk murid-murid Tahun 6 SK YTH Terachi. Program ini dikendalikan oleh enam orang mahasiswa dari UIAM. Semoga calon-calon UPSR ini dapat mencapai kecemerlangan dalam akademik dan sahsiah mereka, insya Allah..

Saturday 11 July 2015

MAJLIS BERBUKA PUASA DAN PENYAMPAIAN SUMBANGAN OLEH DATO'HJ MOHD NOR





Syukur, Alhamdulillah..sekali lagi pada setiap tahun dermawan Kg.Terachi iaitu Dato'Hj. Mohd Nor Bin Wahid sudi menyumbang majlis berbuka puasa bersama ahli kariah dan menyampaikan sumbangan berbentuk barangan dan wang tunai kepada anggota masyarakat yang kurang berkemampuan. Semoga Allah SWT terus memberi kesihatan dan rezeki yang melimpah luah kepada Dato'dan keluarga. 

Saturday 13 June 2015

SALAM AIDILFITRI 2015

JKKK KG.TERACHI ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Eidulfitri kepada seluruh warga kampung di bawah JKKK. Maaf Zahir dan Batin. Semoga Allah SWT menerima amalan kita semua..aminn

Tuesday 26 May 2015

GOTONG-ROYONG MEMBERSIHKAN TANAH WAKAF KUBUR LAMA KG.AIR HITAM TERACHI






Pada 24 Mei 2015 yang lalu, Masjid Kariah Kg.Pauh bersama-sama JKKK Kg.Terachi bergotong-royong membersihkan tanah wakaf kubur lama di Kg.Air Hitam Terachi. Alhamdulillah, begitu ramai waris-waris dan penduduk kampung membantu membersihkan kubur lama ini. Selepas penat bekerja, warga yang hadir menikmati minum pagi yang di bawa dari rumah masing-masing untuk dimakan bersama-sama..tahniah suatu tugas yang sangat mulia..

Saturday 21 March 2015

BERMUAFAKAT, KERJA JADI CEPAT DAN HEBAT







SEKITAR GAMBAR GOTONG ROYONG KEBUN GETAH MILIK MASJID & JKKK KG.TERACHI DI TANAH WAKAF KG. AIR HITAM.