SEJARAH KAMPUNG TERACHI

SEJARAH NAMA TERACHI





Sewaktu orang-orang Minangkabau meneroka di Terachi, mereka mengupah Orang-orang Asli menebang sebatang pokok besar terletak di tapak Sekolah Kebangsaan Yam Tuan Hitam Terachi. Setelah berhari-hari orang asli ini membuat kerja, pokok berkenaan tidak juga tumbang. Sikap orang asli ini mengambil upah menebang pokok tersebut tidak disenangi oleh orang-orang Minangkabau.

“Macam ni tak aci, upah sudah diambil, tetapi kerja tak dibuat”, rungut beberapa orang Minangkabau yang mengupah Orang Asli berkenaan. Sebenarnya menebang pokok besar bukanlah mudah ketika itu disebabkan kelengkapannya hanya kapak dan belitung sahaja tentulah memakan masa berhari-hari menebang sebatang pokok yang besar. Berpunca daripada peristiwa menebang pokok besar inilah yang mereka namakan tempat berkenaan “tak aci”hingga akhirnya bertukar menjadi “Terachi”.


Petikan dari buku Luak Tanah Mengandung

2 comments:

  1. Maaf. Asal usul terachi di bandingkan dengan perkataan " tak aci " langsung tiada kena mengena dengan suku kata atau sebarang perkataan dari loghat minang asli. Saya perbetulkan..

    Terachi dalam bahasa minang ialah sejenis sambal belacan yang di panggil ' Tarasi atau taraci ' .

    Manakala asal usul kuala pilah dalam bahasa minang boleh di takrifkan kepada maksud iaitu :

    1. Bilah - Iaitu buluh dalam bahasa minang.
    2. Piliah - iaitu pilih atau terpilih dalam bahasa minang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih tuan..pendapat yang ada asasnya..cerita mulut ke mulut ini biasanya kurang tepat tanpa penyelidikan..

      Delete